PENCIPTAAN LAGU

1) Bagaimanakah prosedur tempahan bagi penciptaan lagu, lirik, dan susunan muzik?
Jawapan : Anda perlulah menghubungi kami dengan menyatakan tema lagu yang hendak dibuat, genre muzik (cth: pop, padang pasir, balada, dll), tempoh lagu, dan key untuk lagu tersebut. Pentingnya untuk menetapkan key adalah bagi memudahkan kami menyiapkan susunan muzik mengikut tahap (range) suara penyanyi lagu tersebut supaya ianya selesa dinyanyikan. Bayaran akan diberitahu selepas itu dan anda dikehendaki meletakkan deposit iaitu 50% dari harga yang dipersetujui sebagai syarat. Seterusnya setelah lagu tersebut disiapkan kami akan menghantar demo tape kepada anda untuk dinilai bagi memastikan ianya berada pada kualiti yang diharapkan. Jika anda berpuas hati, kami akan menghantarkan master lagu tersebut dalam bentuk CD dan anda perlu menjelaskan baki bayaran dalam tempoh seminggu (7 hari) setelah master dihantar.

PENGHANTARAN

1) Bagaimanakah tempahan yang dibuat akan dihantar kepada kami ?
Jawapan : Setiap tempahan (yang berbentuk hard copy seperti CD cenderahati) akan dihantar melalui Pos Malaysia Berhad dan mengambil masa sekurang-kurangnya 1 hari bagi sekitar Lembah Klang.

2) Adakah bayaran yang dikenakan bagi setiap tempahan termasuk kos penghantaran ?
Jawapan : Ini bergantung kepada item yang ditempah. Sekiranya melebihi 1Kg, caj RM 5 akan dikenakan bagi setiap 1 Kg sebagai kos penghantaran.

3) Adakah keselamatan item yang dipesan dijamin sampai kepada kami ?
Jawapan : Sekiranya anda pelanggan yang menetap di semenanjung Malaysia dan merasakan item yang dipesan itu sangat peribadi atau dalam jumlah yang banyak, kami bersedia menghantarkannya terus kepada anda dan caj pengangkutan akan dikenakan. Bagi penghantaran melalui Pos Malaysia Berhad, keselamatan barang yang dihantar itu hanya menjadi tanggungjawab kami sebelum ianya diserahkan kepada pihak Pos Malaysia Berhad.

PEMBINAAN LAMAN WEB

1) Adakah pakej-pakej yang disediakan termasuk dengan halaman yang mengandungi flash?
Jawapan : Tidak. Pakej yang disediakan hanya untuk laman web yang tidak mengandungi flash. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut berkenaan kos pembinaan laman web yang mengandungi flash.

2) Berapakah bayaran yang dikenakan sebagai yuran tahunan?
Jawapan : Bergantung kepada pakej yang telah anda persetujui. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

TUISYEN PERIBADI PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP

1)  Apakah fungsi perisian Adobe Photoshop dan kelebihan yang boleh didapati apabila mempelajarinya?
Jawapan : Adobe Photoshop adalah sebuah perisian (software) yang khusus untuk merekabentuk grafik dan mengubah suai gambar sedia ada. Selain dapat mereka grafik anda sendiri, anda juga dapat mencipta logo, grafik untuk laman web, mereka kad ucapan, kalendar, dan pelbagai lagi bentuk cenderahati yang boleh anda hasilkan melalui perisian ini.

2) Bilakah waktu kelas diadakan ?
Jawapan : Waktu kelas (pembelajaran) diadakan mengikut persetujuan bersama pelanggan dan Neurotic Studio. Kebanyakan kelas diadakan pada waktu malam.

3) Bagaimanakah prosedur pembelajaran ini berjalan?
Jawapan : Mengikut pakej. Contohnya jika pakej pembelajaran 8 jam (4 sessi), kami akan datang ke kediaman anda dan sessi pertama iaitu 2 jam akan dijalankan. Sepanjang tempoh pembelajaran itu, kami akan mendedahkan pelanggan dengan asas-asas penggunaan Adobe Photoshop. Sehingga kesemua sessi pembelajaran tamat kami akan memastikan pelanggan tahu mencipta grafik mereka sendiri.

4) Apakah persediaan yang diperlukan ?
Jawapan : Anda hanya perlu mempunyai komputer peribadi di kediaman anda samada komputer riba atau desktop. Kami akan menunjuk ajar pelanggan tentang penggunaan Adobe Photoshop melalui komputer riba kami dan kemudian pelanggan akan mencubanya menggunakan komputer sendiri. Perisian Adobe Photoshop dan modul pembelajaran akan kami sediakan.

 

 

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, pertanyaan, pandangan, atau komen yang hendak diajukan, sila e-mel kan ke alamat : admin@neuroticstudio.com

Soalan-Soalan Lazim Hubungi Kami Kad Perniagaan Neurotic Studio