 |
Anda tentu pernah melihat atau memiliki sebuah album artis
yang lengkap mengandungi CD audio, kulit album, casing, dan
siap dibungkus.Tahukah anda, di sini kami juga menyediakan
perkhidmatan yang sama seperti itu iaitu menerima tempahan dan
reka bentuk CD cenderahati, malah anda sendiri boleh memilih
reka bentuk untuk dicetak pada permukaan CD dan juga pada
kulit album anda. Menarik bukan?
Reka bentuk dan corak yang ada pada permukaan CD tersebut
bukanlah kertas pelekat yang ditampal tetapi kami menggunakan
mesin khas untuk mencetak corak-corak pilihan anda terus ke
permukaan CD dan hasilnya cukup menarik.
Selain dari digunakan sebagai koleksi sendiri, tempahan CD
cenderahati kami juga boleh digunakan sebagai :
Cenderahati kenangan (perpisahan/persahabatan)
Hadiah Ulang Tahun Kelahiran, Ulang Tahun perkahwinan
Cenderahati majlis perkahwinan
Kad jemputan ke majlis-majlis tertentu samada formal/tidak
formal
Ucapan istimewa. Cth :- Tahniah, Selamat Berjaya, Mohon
Kemaafan
Kad sambutan perayaan. Cth :- Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru
Cina
Kad perkenalan, istimewa untuk Si Dia yang tersayang dan
diingati |
|